Friday, August 20, 2010

Ramadhan...

Dah 10 hari kita berpuasa.Dah 10 hari jugak umat islam berada dalam bulan yang penuh keberkatan ini.Teringat peristiwa minggu lepas.Sehari sebelum ramadhan...

Pagi selasa,sehari sebelum 1 Ramadhan,aku ke sekolah seperti biasa.Sampai je di sekolah,semua kengkawan sibuk bergosip (maklumlah bila dah masuk bulan ramadhan,dah tak boleh nak bergosip).Bergosip tentang cuti.Kebetulan 1 Ramadhan jatuh pada hari rabu,jadi semua berharap hari khamis tu cuti.Semua sibuk merancang nak balik kampung.Dan aku seperti biasa,tidak merancang apa2.Walaupun hati mendesak ingin menyambut 1 Ramadhan bersama suami tersayang. Tepat jam 12 tengahari,semua warga SMK Sik tersenyum penuh makna apabila PK 1 mengumumkan berita yang sangat penting.Yahoooo....khamis cuti.

Dan aku tiba2 terus membuat keputusan drastik,nak ke KL petang tu jugak.Lepas balik sekolah,terus aku memecut balik ke rumah dan kemas barang.Selesai saja mengemas,terus aku memecut si putih aku balik ke rumah mak di Alor Setar.Niat hati aku nak buat kejutan pada en. paan tentang kedatangan aku ke KL.Sampai je di Shahab Perdana (stesen bas ekspress di Alor Setar),aku kecewa,huhuhu.....sebab semua tiket ke KL telah habis dijual.Sedih sangat2.Tak dapat la nak bersahur ngan en. paan.Tiket yang ada pun kul 9 pagi 1 Ramadhan.Nak tak nak,terpaksa la jugak aku bagitau en. paan tentang kedatangan aku ke KL.Sebabnya aku akan sampai ke KL lebih kurang jam 3 petang dan en. paan masih lagi kat sekolah time tu.Sapa nak ambik aku nanti kat Bukit Jalil.Kata en. paan,tu lah padahnya bila nak surprise kan orang.Kan tak dapat.Akhirnya aku selamat juga sampai ke KL.Walaupun aku tak dapat bersahur bersama,tapi aku bersyukur kerana berpeluang berbuka puasa bersama suami tersayang pada 1 Ramadhan....Alhamdulillah.....

Dan hari ni dah genap 10 Ramdhan.Dah 1/3 Ramadhan kita tinggalkan.Semoga kita semua masih berpeluang berjumpa Ramdhan tahun depan.....