Monday, November 29, 2010

4 bulan berlalu...

Agak lama aku tidak menulis.Kali terakhir aku menulis,ramadhan yang lalu.Banyak benda yang berlaku beberapa bulan ni.


1st....
Aku disahkan mengandung 2 bulan yang lalu dan sekarang dah masuk 4 bulan pun.

2nd....
Aku mengalami alahan yang teruk sepanjang 2 bulan yang lepas dan hampir kehilangan our baby,tapi alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat sekarang.

3rd....
Kereta En Paan yang kami tunggu2 akhirnya keluar jugak 2 hari sebelum aidilfitri.Kiranya raya aritu,berkereta baru la kitorang.

Last sekali....
Permohonan pertukaran En Paan ke Kedah telah diluluskan 15 November yang lalu dan aku adalah orang yang paling bahagia,terima kasih Tuhan kerana memakbulkan doaku.....

So,semua benda2 yang aku dan En Paan harapkan selama ini telah tercapai.Tapi masih panjang lagi perjalanan hidup kami.Ini cuma permulaan hidup kami sebagai suami isteri.Banyak lagi ranjau,onak dan duri yang perlu kami tempuh.Aisehhh....tiba2 plak buat karangan aku ni.Hopefully,lepas ni aku banyak kesempatan la untuk meng'update' blog aku ni.

Friday, August 20, 2010

Ramadhan...

Dah 10 hari kita berpuasa.Dah 10 hari jugak umat islam berada dalam bulan yang penuh keberkatan ini.Teringat peristiwa minggu lepas.Sehari sebelum ramadhan...

Pagi selasa,sehari sebelum 1 Ramadhan,aku ke sekolah seperti biasa.Sampai je di sekolah,semua kengkawan sibuk bergosip (maklumlah bila dah masuk bulan ramadhan,dah tak boleh nak bergosip).Bergosip tentang cuti.Kebetulan 1 Ramadhan jatuh pada hari rabu,jadi semua berharap hari khamis tu cuti.Semua sibuk merancang nak balik kampung.Dan aku seperti biasa,tidak merancang apa2.Walaupun hati mendesak ingin menyambut 1 Ramadhan bersama suami tersayang. Tepat jam 12 tengahari,semua warga SMK Sik tersenyum penuh makna apabila PK 1 mengumumkan berita yang sangat penting.Yahoooo....khamis cuti.

Dan aku tiba2 terus membuat keputusan drastik,nak ke KL petang tu jugak.Lepas balik sekolah,terus aku memecut balik ke rumah dan kemas barang.Selesai saja mengemas,terus aku memecut si putih aku balik ke rumah mak di Alor Setar.Niat hati aku nak buat kejutan pada en. paan tentang kedatangan aku ke KL.Sampai je di Shahab Perdana (stesen bas ekspress di Alor Setar),aku kecewa,huhuhu.....sebab semua tiket ke KL telah habis dijual.Sedih sangat2.Tak dapat la nak bersahur ngan en. paan.Tiket yang ada pun kul 9 pagi 1 Ramadhan.Nak tak nak,terpaksa la jugak aku bagitau en. paan tentang kedatangan aku ke KL.Sebabnya aku akan sampai ke KL lebih kurang jam 3 petang dan en. paan masih lagi kat sekolah time tu.Sapa nak ambik aku nanti kat Bukit Jalil.Kata en. paan,tu lah padahnya bila nak surprise kan orang.Kan tak dapat.Akhirnya aku selamat juga sampai ke KL.Walaupun aku tak dapat bersahur bersama,tapi aku bersyukur kerana berpeluang berbuka puasa bersama suami tersayang pada 1 Ramadhan....Alhamdulillah.....

Dan hari ni dah genap 10 Ramdhan.Dah 1/3 Ramadhan kita tinggalkan.Semoga kita semua masih berpeluang berjumpa Ramdhan tahun depan.....



Thursday, July 22, 2010

Tersilap Memohon

Kita makhluk yang lemah.Makhluk yang sering alpa dan khilaf.Khilaf melakukan sesuatu dan khilaf menilai sesuatu.Dan apabila kita sedar akan kesilapan kita,kita akan menepuk dahi,menuding jari pada orang lain.Acapkali kita lupa,lupa untuk menilai diri sendiri.Itulah manusia,manusia yang diciptakan Tuhan untuk menjadi khalifah di muka bumi.

Dan Yang Maha Esa tidak pernah mengabaikan hamba yang mengingati-NYA.Hamba yang sentiasa menadah tangan memohon rahmat-NYA.Dan acapkali itu juga,Tuhan pasti memakbulkan permintaan hamba-NYA samada cepat atau lambat.

Tapi kadang2 dalam kita tak sedar,doa yang kita pohon bukanlah yang terbaik untuk kita.Sedangkan kita setiap hari tidak putus2 memohon dan doa kita dimakbulkan untuk menguji kesabaran kita.

Tapi kita kena yakin,ALLAH telah merancang perjalanan hidup kita....

Saturday, July 10, 2010

Cintaku tertinggal di Kuala Lumpur

Alhamdulillah,akhirnya aku selamat sampai ke Alor Setar setelah melalui perjalanan yang panjang membawa hati yang penuh kedukaan meninggalkan en paan di Kuala Lumpur.Cintaku tertinggal di Kuala Lumpur,meminjam lagu "Cintaku Tertinggal di Malaysia" nyanyian Dewa 19.Bait2 liriknya aku tukar sesuka hati. Dua hari aku di Kuala Lumpur,menjadi peneman setia en paan kemana saja dia pergi.Indahnya dunia....tapi hari ini aku terpaksa pulang memenuhi tuntutan kerja.Huh...cepatnya masa berlalu.Berlalu meninggalkan aku dan en paan.......


Tapi bila aku fikirkan kembali,dugaan Tuhan takkan berhenti dan aku seharusnya tabah menghadapi semuanya.Ada yang lebih berat dugaannya berbanding aku.Dugaan ini terlalu kecil untuk aku dan en paan.Satu hari nanti,aku atau en paan akan ke'sana' juga dan bila saat itu tiba,itulah dugaan yang terbesar dalam hidup kami.Memikirkan semua itu menjadikan aku makin menghargai setiap saat yang berlalu.


Ya Allah,terima kasih kerana beri kami peluang berjauhan begini,dugaan-Mu ini mengajar aku lebih menghargai masa yang Kau beri.......................

Saturday, July 3, 2010

Cerita Baju Merah


Lebih kurang 2 bulan yang lalu,akak2 a.k.a cikgu2 sekolah aku sibuk mencari kain yang sesuai untuk dijadikan baju batik rasmi sekolah.Kain yang pertama datangnya dari Kelantan,jauh tu.Aku namakan nya batik kelantan.hehehe...puas la sampel kain tu ditilik,di'usha',dikendong kesana-kemari.Macam2 pendapat yang keluar,ada yang bernas,ada yang membina tak kurang jugak yang mengkritik,tak cukup dengan mulut,mimik muka pun diambil kira.Tapi sayangnya batik kelantan kena juga pulang ke kelantan....huhuhu..

Dek kerana ada yang tak berpuas hati,datang plak batik yang kedua,aku namakannya batik "Bee Hwa".Sebabnya batik tu datang dari Kedai Bee Hwa (salah satu kedai kain yang agak famous di alor setar).Seperti batik kelantan,batik "Bee Hwa" jugak menerima nasib yang sama.Ditilik2 oleh semua orang.Kesana-kemari diusung.Akhirnya,batik "Bee Hwa" terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada SMK Sik,bukannya tidak cantik,bukannya tidak menarik,tapi kualiti kainnya kurang memuaskan hati.

Masa semakin suntuk.Hari anugerah cemerlang (HAC) makin hampir.Baju batik belum ada.Masing-masing pening kepala.Cikgu perempuan makin bimbang.Masing2 memikirkan benda yang sama :

"Sapa la yang jahitkan baju batik aku?"
"Ada ka tukang jahit yang mau jahit cepat2 ni"

Memecah kebuntuan semua orang,muncul heroin malaya,akhirnya jumpa baju batik baru yang berpatutan harga dan cantik katanya.Tapi masalahnya,sampel kainnya takde.Aku plak diminta menjadi runner mengambil sampel kain di alor setar.Tanpa banyak soal,aku ke alor setar mengambil sampel kain baju batik tu.

Jeng...jeng..jeng..sampai je di sekolah,aku terus menyerahkan sampel tersebut.Tanpa berlengah lagi,terus akak tu letakkan sampel tu kat ofis.

Di ofis,

Cikgu Ahmad Albab:"Ya Allah,meranhya kain ni"
Cikgu Hj Bakhil : "Awat la kain ni ada corak2 ekor ni?"
Cikgu Ghasidah Ulam Raja : "Tak lawa ka?Ok ja ni"
Cikgu Marjinah : "Orang muda elok la pakai kaler ni"

Dipendekkan cerita,nak tak nak semua kena menerima kain tersebut yang aku namakan "batik merah".Sebabnya masa dah suntuk,HAC dah makin dekat.Majoritinya mengambil pendirian yang sama macam aku,tak kisah la macam mana pun kainnya,asalkan semua orang setuju,yang tu la jadi pilihan.Selepas seminggu,masing-masing mendapat kain yang ditempah.Pening plak kepala memikirkan designnya.Hmm...susah jugak batik merah ni.Tapi bak kata mak aku,tak payah nak pening2,biar tukang jahit yang fikir,lagi panjang kita fikir,alamatnya tak berjahit la baju tu.

Macam2 jugak imaginasi yang aku dengar dan terpaksa bayangkan tatkala mendengar kengkawan aku yang tiba2 jadi designer baju.Memang patut pun kalian jadi cikgu,serba-serbi pandai.Macam2 fesyen keluar,kalah Rizalman,dari baju sampai ke tudung,rasanya ARIANI pun bankrap nanti.Tersenyum aku sendiri.Geli hati dengan gelagat semua yang pening kepala memikirkan batik merah yang unik coraknya.Corak yang ada pada batik merah mengganggu kosenstrasi semua orang.

Akhirnya, 1 Julai 2010 muncul jugak.Hari yang dinanti-nantikan oleh aku.Hehehehe....sehari sebelum HAC,macam2 persiapan dilakukan.Macam nak raya la plak.Maklumlah,yang datang merasmikannya bukan calang2 orang,Dekan fakulti bahasa USM.Tapi bukanlah kerana beliau yang membuatkan aku ternanti-nanti.

Aku nak tengok apa jadi pada batik merah semua orang.Batik yang menjadi kontroversi pada SMK Sik.Hehehe......
  Taraaaa..........ni lah batik merah a.k.a batik 1 Malaysia.Disebabkan gabungan warnanya yang mengambil bendera Malaysia sebagai tema,batik ni nampak pelik pada semua orang.Tapi bila dah jadi baju,cantik la jugak.Macam2 design ada.Yang pelik tak semestinya tak cantik,yang cantik tak semestinya tak pelik....subjektif semuanya.Lain mata,lain penilaiannya.Akhirnya,menjadi jugak batik merah ni,tak sia2 pikir kan.....
Hehehe......sempat lagi nih..

Monday, June 28, 2010

Sebulan berlalu..

Hari ni genap sebulan aku menjadi isteri kepada en paan.Jika sebulan yang lalu,aku diajukan soalan cepu emas,"best tak kahwin?"(sambil tersenyum simpul).Aku sangkakan bila sebulan berlalu maka berlalulah soalan cepu emas,cepu perak dan cepu gangsa daripada orang2 disekeliling.Tapi jangkaan ku meleset sama sekali sebab......hmmm..jeng jeng jeng..

Encik A :"dah ada isi ke belum?"
Puan B:"bila kitorang nak dapat anak buah?"

yang lebih berani dan ekstrem

Cik C:"dah pregnant lum?"

huhu...belum berakhir lagi rupanya soalan2 yang mencabar untuk dijawab ni.Penatnya nak menjawab soalan2 tu.Sabar je lah....

Sebulan berlalu banyak mengajar aku tentang kehidupan.Bukan semudah yang disangka.Tidak seindah mimpi.Tapi aku bahagia dengan setiap detik yang berlalu,penuh dengan warna warni kehidupan.Biarpun aku dan en. paan dipisahkan beratus kilometer jauhnya,aku redha kerana aku yakin Tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami berdua.

Aku belajar banyak perkara tentang en paan.Aku juga telah melakukan satu kesilapan yang sehingga ke saat ini masih terkesan di hati aku.Aku telah benar2 melukakan hati en paan sehinggakan aku rasa aku tak mampu nak maafkan diri sendiri dan di saat itu,aku telah berjanji pada diri aku takkan ulanginya lagi.Abang,maafkan ayang.....

Aku akan terus belajar,belajar mengenali en paan,belajar menjadi seorang isteri,belajar menjalani kehidupan.Kerna aku tahu,kehidupan yang aku lalui bukanlah hikayat cinta.....

Terima kasih abang untuk segala2nya........
Dan aku mengerti kini,mencintai bukan beerti memiliki,tetapi mencintai beerti setulus hati menerima kekurangan,tiada cinta sejati kerana ia hanya milik Tuhan namun hargailah cinta yang dipinjamkan pada kita kerana bahagia perlu dicari,tak mungkin datang sendiri......

Sunday, June 27, 2010

Our 1st Vacation

Percutian pertama kami selepas sah bergelar suami & isteri,Cameron Highlands.Percutian yang tak dijangka.Hehehe...mulanya en paan nak bawa aku bercuti ke Pangkor tapi semuanya terbantut bila Sham a.k.a Kepit bagitau kami Pangkor fully booked.Dek kerana taknak amik risiko,kami pun bersetuju dengan cadangan Lutfi,join diorang ke Cameron.Bersusah payah en paan cari hotel (tq to cuti.com.my),akhirnya dengan susah payah melayari internet di bilik adik aku,Farhan,kami berjaya menempah Hotel Country Lodge Resort dengan harga yang agak berbaloi.

Kami bertolak ke Cameron kira2 jam 10.30 pagi,tapi sempat lagi aku singgah ke Jusco Maluri (my favourite place bila aku balik ke rumah mertua aku,ngehngehngeh....) Jujurnya kitorang bertolak ke Cameron lebih kurang jam 2.00 petang.Sempat la jugak kitorang bergaduh sebelum gi Cameron.Kelakar kan,nak gi bercuti pun boleh lagi bergaduh.Nyesal la jugak bila ingat balik,tapi takpe,benda dah lepas......
 Bergambar di depan Country Lodge Hotel

Mrs Bee....



 Banyak jugak la tempat yang kitorang pergi.Paling yang tak leh aku lupa masa kat Bee Farm.Ada satu games yang dipanggil Sarang Sesat.Seperti kebiasaannya,aku akan jadi orang yang paling excited nak cuba.Siap paksa2 en paan main la games tu. Kitorang semua pun cuba la.Aku & en paan,Zam & Aini,Sham & Azah.Lutfi & Akma xnak main sebab kata lutfi,sian kat Akma,dia kan pregnant (alasan je tu,lutfi takut sesat la tu).Aku  & en paan adalah orang yang paling awal masuk ke tempat tu tapi kitorang keluar paling last.Berpeluh kitorang cari pintu keluar.Puas la kena gelak ngan Sham & Lutfi.Padahal Sham paling lambat masuk.Memang hampeh....




















Kami jugak sempat ke Ladang Teh Boh,Cactus Valley,Strawberry Farm,Raju Hills (luv the waffle belgium and strawberry cheese cake).Kenangan yang cukup indah buat kami berdua...dan kata en.paan kalau boleh tiap2 tahun kitorang nak g bercuti.At least sekali setahun (macam raya la plak).Thanks en.paan kerana membuatkan semuanya menjadi indah dan bermakna....
I love you....(jangan lupa ek janji nak g bercuti setahun sekali)

Saturday, June 26, 2010

Sibuk benar ke?

Aku gagahi jugak mata ni menunggu kalau2 en. paan call.Jam sudah melewati 1.30 pagi,tiada tanda positif nampaknya. Sibuk sangat ke dia malam ni? Persoalan yang tiada jawapan. Perasaan risau bertamu di hati. Meskipun camping di padang sekolah je,namun hati aku tetap berdegil,nak jugak risau.huhuhu...Ya ALLAH,rahmati lah suamiku.Dah dua malam en paan bercamping di sekolah.Camping badan beruniform.Aktiviti kegemaran dia.

Masa aku call tadi,dingin je bunyinya. Maklumlah,aku tersalah timing.Call masa dia tengah sibuk. Cepat2 aku letak.Takut kalau2 mengganggu tugas dia.Apa ek yang en paan buat sekarang ni ye???Dah tido ke dia???Sihat ke dia???Nape ek dia tak call aku???

Hmmm....persoalan yang takkan ada jawapan.Terpaksalah menunggu lagi...


Aku & Dia


Friday, June 25, 2010

Tak Bisa Mengubah Segalanya

Kata orang kita tak mampu merubah masa silam namun tak mungkin kita mampu meramal masa depan,kenyataan yang ada logiknya..kerana falsafah itu aku rasa aku perlu melupakan apa yang telah terjadi dulu dan mulakan dengan hidup yang baru. Kata mak,apa yang berlaku dulu,jadikan sempadan,apa yang bakal berlaku nanti jadikan cabaran...hmm....terimalah kenangan silam itu sebagai satu keunikan yang tak mungkin akan ada pada orang lain.

Thursday, June 24, 2010

Selsema

Hari ni aku pulang ke rumah mak,drive balik dalam keadaan yang tersangat2 mengantuk.Syukur Tuhan merahmati perjalanan aku petang tadi sehingga selamat sampai rumah.Mungkin sebab aku berpuasa hari ni,penatnya terasa semacam je.Sesudah berbuka tadi,aku,mak dan abah ke rumah tokwan,kata nenek,tokwan tak sihat.Hmmm....dengan sedikit tenaga yang masih berbaki,aku gagahi juga diri ini.Huhuhu...penatnya tak terkata.Sian tokwan,masih mampu tersenyum walaupun aku tahu sakitnya masih terkesan.Terasa kerdil diri ini,aku yang masih muda dan kuat tapi lemah menentang nafsu penat padahal tokwan yang dah melewati usia senja masih kuat menentang kesakitan.Ya Allah,ampunkan aku kerana tidak redha pada dugaan-Mu....

Lewat angka 11 malam,aku pulang ke rumah,selsema ku makin menjadi2.Rasa berat je mata ni.En.paan plak sibuk dengan aktiviti "camping"nya malam ni sehinggakan aku telefon tadi dijawab acuh tak acuh.Terasa juga di hati tapi bila difikirkan semula,aku juga yang salah,call pada waktu yang salah,hmmm...rasa tak berbaloi plak kalau menjeruk rasa.Mata terasa berat,tapi tak leh nak tido.Terasa rindu pada en paan.Bila demam2 ni,terasa sedih plak sorang2 kat sini.Pelik kan manusia ni,padahal 24 tahun aku hidup tanpa dia,beribu kali aku demam,tapi kali ni,demam ku rasa lain.Mungkin ini penangan kawin agaknya..hehehe..lucu la plak kan.

Di sekolah hari ni,banyak keja aku selesaikan.Sian anak2 muridku 1K3,aku terpaksa hampakan diorang.
Aku: "Maafkan cikgu ye,cikgu posa ari khamis aritu,tak dapat nak join jamuan buah2an tu"
1K3: "Tak pa lah cikgu,nak buat macam mana".(hopefully ini lah jawapan diorang ari ahad ni)
Maaf ye,tuntutan berpuasa tu kena diutamakan sebabnya banyak hari lagi nak kena ganti,takut tak sempat plak,tak pasal2 kena bayar fidyah tahun depan.

Sampai saat ni,en paan senyap je.Tak nak ke call aku ni,sibuk sangat ke????huhuhu....sibuk agaknya.Sedihnya...huhuhuhu....rasa nak nangis...waaawaaaawaaaa!!!!!!

p/s :kena tido dulu lah,kalau tak tido kang nangis plak..waaawaaawaaa....

Tuesday, June 22, 2010

Dunia baru

Hari ini genap 26 hari aku menjadi suri pada Muhammad Farhan.6 tahun menganyam kasih,menjeruk rasa,akhirnya 28 Mei 2010 tepat jam 6.05 petang,aku sah menjadi isteri en paan.hmm....terasa bagai mimpi saat diijab kabulkan.tapi realitinya,apa yang selama ini menjadi mimpi,menjadi realiti akhirnya.Pelbagai persoalan muncul dalam kotak fikiran aku,tu tak dicampur lagi dengan soalan2 mencabar dari makcik2,kawan2,sedara mara aku.Letih nak menjawab.Soalan favourite diorang, "best tak kahwin?"..hmm..jika 2 minggu lepas,memang aku takde jawapannya,paling mudah aku jawab,entahlah...tapi hari ini,aku rasa bahagia menjadi seorang isteri.Meskipun kami dipisahkan beratus kilometer jauhnya,namun jauh di sudut hati aku,ada kebahagiaan yang berbunga mekar.Menjadi isteri kepada Muhammad Farhan Abdull Razak,2 minggu yang aku lalui penuh suka duka yang aku sendiri tak dapat tafsirkan dengan perkataan.Hanya hati yang tahu segala2nya.Terima kasih sayang....

Benar kata orang,bila kita kahwin,semakin hari semakin banyak yang kita belajar tentang pasangan kita dan aku kini sedang melalui fasa itu.Aku ingat banyak yang aku tahu tentang en paan,rupa2nya lagi banyak yang aku taktau.huhu....
Bertahan ke aku berkasih dari kejauhan,berbicara tanpa bersua,merindu tak berkesudahan...Ya Allah,tabahkanlah aku...Aku acapkali berdoa,semoga aku akan sentiasa kuat menghadapi dugaan mendatang. Di kejauhan ini,aku belajar banyak benda,bersabar dalam semua perkara ,redha pada takdirNya..Terima kasih sayang atas perhatian dan kasih yang diberikan......

Sunday, April 4, 2010

Bahagiakah kita???

Pujangga cinta pernah berkata,kita akan bahagia jika insan yang kita sayang itu bahagia meskipun bukan disisi kita...persoalannya,bahagiakah kita?
Aku pernah berpegang pada falsafah cinta itu tapi akhirnya aku sedar bukan mudah untuk menjadi setabah itu. Mungkin ada yang mampu mencipta bahagia itu tetapi tidak mungkin pada aku. Aku pernah cuba mencari kebahagiaan itu namun yang pasti hatiku yang terluka tidak mungkin mampu bahagia melihat orang yang kusayang bahagia bersama orang lain.

Bahagia itu terlalu subjektif. Sukar untuk kita tafsirkan erti sebenar bahagia itu meskipun kita melaluinya setiap hari. Pada aku, bahagia itu ada dalam hati kita. Kita tidak akan bahagia jika di dalam hati kecil kita masih ada sekelumit rasa tidak selesa.Bahagia akan hadir bila hati kita benar2 rasa bebas dari segala2nya.Jadi bagaimana mungkin kita akan bahagia jika setiap saat kita melihat kebahagiaan orang lain yang dibina atas kedukaan kita.Jujurnya sebagai manusia biasa,agak mustahil untuk kita melupakan sesuatu yang mengguris hati kita, "forgive but not forget".........memaafkan itu mudah untuk diluahkan tapi nak melupakan bukan satu benda yang mudah. Jadi bagaimana nak bahagia jika kita tak pernah melupakan bayangan duka itu.

Tapi,manusia diciptakan Tuhan berbeda diantara satu sama lain dan kerna sifat itu menjadikan kita makhluk yang unik. Mungkin ada yang mampu bahagia bila melihat orang lain bahagia, terserah kepada kita sebenarnya kerna kita yang akan menanggungnya. Adakalanya manusia sanggup berpura-pura bahagia demi menjaga reputasi diri yang kononnya dialah manusia sempurna dan mulia,mampu memaafkan dan pasrah pada takdir Tuhan,tepuk dada tanya hati,bahagiakah diri kita sebenarnya. Tidak perlu hujahkan pada dunia yang kita bahagia kerana bahagianya kita tidak perlu dicanang,kebahagiaan itu akan terpancul pada diri kita tanpa perlu tutur bicara. Semuanya akan lahir dari dalam diri kita dan terserlah dalam setiap langkah kita.

Memang benar mencintai tak beerti memiliki tetapi memiliki beerti mencintai......


Friday, January 15, 2010

Pertama kali...

Buat pertama kalinya setelah sekian lamanya blog ini wujud,aku menulis..Hmm..terkesima seketika memikirkan apa yang perlu ditulis.Tahun baru,hidup baru dan cerita baru.Atas dasar itu juga wujudnya blog "Bukan Hikayat Cinta" ini.

Tahun baru 2010..
Bermulanya tahun kedua aku menjalani kehidupan sebagai seorang guru.SMK Sik menjadi medan pertama buat aku.Melalui kehidupan yang penuh dengan warna-warni membuatkan aku terlupa yang setahun sudah berlalu.Hmm..terlalu pantas masa berlalu pergi meninggalkan aku yang masih disini dan tetap akan disini sehingga tiba masanya utk aku pergi.

Hidup baru..
Hmm...memang life baru.Tahun 2009 banyak meninggalkan kesan pada aku.Setahun aku menjeruk rasa melalui dugaan dan kedukaan sendirian.Namun,bak kata orang ada hikmah di sebalik setiap kejadian.Atas segala kedukaan yang kulalui akhirnya aku masih mampu bertahan sehingga ke hari ini.Benar kata orang,sabar itu kunci segala kegembiraan.Terima kasih Tuhan kerana mengirimkan aku kesabaran saat hidupku dilanda badai dulu.Terima kasih teman kerana menjadi sahabatku meskipun ketika itu aku rebah menyembah bumi dan tangan yang kalian hulurkan dulu,menjadikan aku bahagia kini...

Dan pada Dia,
Terima kasih jua kerana membuat ku menjeruk rasa dan kerana kedukaan itu,hari ini kita masih mampu mencipta bahagia.....