Monday, June 28, 2010

Sebulan berlalu..

Hari ni genap sebulan aku menjadi isteri kepada en paan.Jika sebulan yang lalu,aku diajukan soalan cepu emas,"best tak kahwin?"(sambil tersenyum simpul).Aku sangkakan bila sebulan berlalu maka berlalulah soalan cepu emas,cepu perak dan cepu gangsa daripada orang2 disekeliling.Tapi jangkaan ku meleset sama sekali sebab......hmmm..jeng jeng jeng..

Encik A :"dah ada isi ke belum?"
Puan B:"bila kitorang nak dapat anak buah?"

yang lebih berani dan ekstrem

Cik C:"dah pregnant lum?"

huhu...belum berakhir lagi rupanya soalan2 yang mencabar untuk dijawab ni.Penatnya nak menjawab soalan2 tu.Sabar je lah....

Sebulan berlalu banyak mengajar aku tentang kehidupan.Bukan semudah yang disangka.Tidak seindah mimpi.Tapi aku bahagia dengan setiap detik yang berlalu,penuh dengan warna warni kehidupan.Biarpun aku dan en. paan dipisahkan beratus kilometer jauhnya,aku redha kerana aku yakin Tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami berdua.

Aku belajar banyak perkara tentang en paan.Aku juga telah melakukan satu kesilapan yang sehingga ke saat ini masih terkesan di hati aku.Aku telah benar2 melukakan hati en paan sehinggakan aku rasa aku tak mampu nak maafkan diri sendiri dan di saat itu,aku telah berjanji pada diri aku takkan ulanginya lagi.Abang,maafkan ayang.....

Aku akan terus belajar,belajar mengenali en paan,belajar menjadi seorang isteri,belajar menjalani kehidupan.Kerna aku tahu,kehidupan yang aku lalui bukanlah hikayat cinta.....

Terima kasih abang untuk segala2nya........
Dan aku mengerti kini,mencintai bukan beerti memiliki,tetapi mencintai beerti setulus hati menerima kekurangan,tiada cinta sejati kerana ia hanya milik Tuhan namun hargailah cinta yang dipinjamkan pada kita kerana bahagia perlu dicari,tak mungkin datang sendiri......

Sunday, June 27, 2010

Our 1st Vacation

Percutian pertama kami selepas sah bergelar suami & isteri,Cameron Highlands.Percutian yang tak dijangka.Hehehe...mulanya en paan nak bawa aku bercuti ke Pangkor tapi semuanya terbantut bila Sham a.k.a Kepit bagitau kami Pangkor fully booked.Dek kerana taknak amik risiko,kami pun bersetuju dengan cadangan Lutfi,join diorang ke Cameron.Bersusah payah en paan cari hotel (tq to cuti.com.my),akhirnya dengan susah payah melayari internet di bilik adik aku,Farhan,kami berjaya menempah Hotel Country Lodge Resort dengan harga yang agak berbaloi.

Kami bertolak ke Cameron kira2 jam 10.30 pagi,tapi sempat lagi aku singgah ke Jusco Maluri (my favourite place bila aku balik ke rumah mertua aku,ngehngehngeh....) Jujurnya kitorang bertolak ke Cameron lebih kurang jam 2.00 petang.Sempat la jugak kitorang bergaduh sebelum gi Cameron.Kelakar kan,nak gi bercuti pun boleh lagi bergaduh.Nyesal la jugak bila ingat balik,tapi takpe,benda dah lepas......
 Bergambar di depan Country Lodge Hotel

Mrs Bee....



 Banyak jugak la tempat yang kitorang pergi.Paling yang tak leh aku lupa masa kat Bee Farm.Ada satu games yang dipanggil Sarang Sesat.Seperti kebiasaannya,aku akan jadi orang yang paling excited nak cuba.Siap paksa2 en paan main la games tu. Kitorang semua pun cuba la.Aku & en paan,Zam & Aini,Sham & Azah.Lutfi & Akma xnak main sebab kata lutfi,sian kat Akma,dia kan pregnant (alasan je tu,lutfi takut sesat la tu).Aku  & en paan adalah orang yang paling awal masuk ke tempat tu tapi kitorang keluar paling last.Berpeluh kitorang cari pintu keluar.Puas la kena gelak ngan Sham & Lutfi.Padahal Sham paling lambat masuk.Memang hampeh....




















Kami jugak sempat ke Ladang Teh Boh,Cactus Valley,Strawberry Farm,Raju Hills (luv the waffle belgium and strawberry cheese cake).Kenangan yang cukup indah buat kami berdua...dan kata en.paan kalau boleh tiap2 tahun kitorang nak g bercuti.At least sekali setahun (macam raya la plak).Thanks en.paan kerana membuatkan semuanya menjadi indah dan bermakna....
I love you....(jangan lupa ek janji nak g bercuti setahun sekali)

Saturday, June 26, 2010

Sibuk benar ke?

Aku gagahi jugak mata ni menunggu kalau2 en. paan call.Jam sudah melewati 1.30 pagi,tiada tanda positif nampaknya. Sibuk sangat ke dia malam ni? Persoalan yang tiada jawapan. Perasaan risau bertamu di hati. Meskipun camping di padang sekolah je,namun hati aku tetap berdegil,nak jugak risau.huhuhu...Ya ALLAH,rahmati lah suamiku.Dah dua malam en paan bercamping di sekolah.Camping badan beruniform.Aktiviti kegemaran dia.

Masa aku call tadi,dingin je bunyinya. Maklumlah,aku tersalah timing.Call masa dia tengah sibuk. Cepat2 aku letak.Takut kalau2 mengganggu tugas dia.Apa ek yang en paan buat sekarang ni ye???Dah tido ke dia???Sihat ke dia???Nape ek dia tak call aku???

Hmmm....persoalan yang takkan ada jawapan.Terpaksalah menunggu lagi...


Aku & Dia


Friday, June 25, 2010

Tak Bisa Mengubah Segalanya

Kata orang kita tak mampu merubah masa silam namun tak mungkin kita mampu meramal masa depan,kenyataan yang ada logiknya..kerana falsafah itu aku rasa aku perlu melupakan apa yang telah terjadi dulu dan mulakan dengan hidup yang baru. Kata mak,apa yang berlaku dulu,jadikan sempadan,apa yang bakal berlaku nanti jadikan cabaran...hmm....terimalah kenangan silam itu sebagai satu keunikan yang tak mungkin akan ada pada orang lain.

Thursday, June 24, 2010

Selsema

Hari ni aku pulang ke rumah mak,drive balik dalam keadaan yang tersangat2 mengantuk.Syukur Tuhan merahmati perjalanan aku petang tadi sehingga selamat sampai rumah.Mungkin sebab aku berpuasa hari ni,penatnya terasa semacam je.Sesudah berbuka tadi,aku,mak dan abah ke rumah tokwan,kata nenek,tokwan tak sihat.Hmmm....dengan sedikit tenaga yang masih berbaki,aku gagahi juga diri ini.Huhuhu...penatnya tak terkata.Sian tokwan,masih mampu tersenyum walaupun aku tahu sakitnya masih terkesan.Terasa kerdil diri ini,aku yang masih muda dan kuat tapi lemah menentang nafsu penat padahal tokwan yang dah melewati usia senja masih kuat menentang kesakitan.Ya Allah,ampunkan aku kerana tidak redha pada dugaan-Mu....

Lewat angka 11 malam,aku pulang ke rumah,selsema ku makin menjadi2.Rasa berat je mata ni.En.paan plak sibuk dengan aktiviti "camping"nya malam ni sehinggakan aku telefon tadi dijawab acuh tak acuh.Terasa juga di hati tapi bila difikirkan semula,aku juga yang salah,call pada waktu yang salah,hmmm...rasa tak berbaloi plak kalau menjeruk rasa.Mata terasa berat,tapi tak leh nak tido.Terasa rindu pada en paan.Bila demam2 ni,terasa sedih plak sorang2 kat sini.Pelik kan manusia ni,padahal 24 tahun aku hidup tanpa dia,beribu kali aku demam,tapi kali ni,demam ku rasa lain.Mungkin ini penangan kawin agaknya..hehehe..lucu la plak kan.

Di sekolah hari ni,banyak keja aku selesaikan.Sian anak2 muridku 1K3,aku terpaksa hampakan diorang.
Aku: "Maafkan cikgu ye,cikgu posa ari khamis aritu,tak dapat nak join jamuan buah2an tu"
1K3: "Tak pa lah cikgu,nak buat macam mana".(hopefully ini lah jawapan diorang ari ahad ni)
Maaf ye,tuntutan berpuasa tu kena diutamakan sebabnya banyak hari lagi nak kena ganti,takut tak sempat plak,tak pasal2 kena bayar fidyah tahun depan.

Sampai saat ni,en paan senyap je.Tak nak ke call aku ni,sibuk sangat ke????huhuhu....sibuk agaknya.Sedihnya...huhuhuhu....rasa nak nangis...waaawaaaawaaaa!!!!!!

p/s :kena tido dulu lah,kalau tak tido kang nangis plak..waaawaaawaaa....

Tuesday, June 22, 2010

Dunia baru

Hari ini genap 26 hari aku menjadi suri pada Muhammad Farhan.6 tahun menganyam kasih,menjeruk rasa,akhirnya 28 Mei 2010 tepat jam 6.05 petang,aku sah menjadi isteri en paan.hmm....terasa bagai mimpi saat diijab kabulkan.tapi realitinya,apa yang selama ini menjadi mimpi,menjadi realiti akhirnya.Pelbagai persoalan muncul dalam kotak fikiran aku,tu tak dicampur lagi dengan soalan2 mencabar dari makcik2,kawan2,sedara mara aku.Letih nak menjawab.Soalan favourite diorang, "best tak kahwin?"..hmm..jika 2 minggu lepas,memang aku takde jawapannya,paling mudah aku jawab,entahlah...tapi hari ini,aku rasa bahagia menjadi seorang isteri.Meskipun kami dipisahkan beratus kilometer jauhnya,namun jauh di sudut hati aku,ada kebahagiaan yang berbunga mekar.Menjadi isteri kepada Muhammad Farhan Abdull Razak,2 minggu yang aku lalui penuh suka duka yang aku sendiri tak dapat tafsirkan dengan perkataan.Hanya hati yang tahu segala2nya.Terima kasih sayang....

Benar kata orang,bila kita kahwin,semakin hari semakin banyak yang kita belajar tentang pasangan kita dan aku kini sedang melalui fasa itu.Aku ingat banyak yang aku tahu tentang en paan,rupa2nya lagi banyak yang aku taktau.huhu....
Bertahan ke aku berkasih dari kejauhan,berbicara tanpa bersua,merindu tak berkesudahan...Ya Allah,tabahkanlah aku...Aku acapkali berdoa,semoga aku akan sentiasa kuat menghadapi dugaan mendatang. Di kejauhan ini,aku belajar banyak benda,bersabar dalam semua perkara ,redha pada takdirNya..Terima kasih sayang atas perhatian dan kasih yang diberikan......