Saturday, June 26, 2010

Aku & Dia


Aku & Dia...hmm...rasanya frasa ini yang paling sesuai untuk post kali.Simple tapi sangat bermakna pada aku.Setelah penat memerah otak,akhirnya 3 perkataan ni keluar dalam kepala otak aku.(rasa tak berbaloi plak,punya la lama pikir,3 perkataan ni je,huhuhu...).Apapun,aku rasa ayat ni best.Biar la korang rasa tak best pun,yang penting "akak suke"(meminjam lontaran vokal Fauziah Dato Ahmad Daud).

Bukan kerana nama....
Hanya itu yang mampu aku ungkapkan.Aku dan En Paan berjumpa dan bercinta a.k.a "bercouple" bukan lah kerana aku dilahirkan sebagai Nur Farhaniza atau lebih cute 
lagi Farhani dan En Paan a.k.a Muhammad Farhan @ Farhan.Semuanya kerana takdir ALLAH (frasa "islamic"nya) dan kerana hati (frasa jiwangnya).Lama jugak kitorang jadi "kawan baik" sebelum "declare" (perkataan paling best untuk orang bercinta).Kitorang declare couple pada 31 Ogos 2004 (jujurnya,kitorang saja je tunggu 31 Ogos sebab nak tarikh cun).Mula-mula dulu aku pun rasa pelik dan tertanya2 en paan,sebab apa dia suka aku?(ayat masuk bakul). 

Senario yang berlaku....
Aku : Kita couple ni sebab apa ek?
En Paan:Nape ko tanya camtu?
Aku :(Dalam hati..Ish mamat ni,aku tanya dia,dia tanya aku balik).xdelah,aku tanya je sebab nama aku ke?
En Paan : Bukanlah.Kalau nama ko Minah pun aku suka jugak.
Aku : Ooooooooo......(panjangnya O aku tu sampai en paan hilang dari pandangan)

Aku dan en paan melalui hari-hari di UPM dengan pelbagai memori. Suka,duka,manis,masam,pahit,tawar dan macam-macam lagi.Kitorang sayang sangat ngan UPM,huhuhu...sedih plak bila dah keja ni,rindu sangat nak jadi student UPM lagi (ni bukan statement membodek VC UPM k).Rindu kat Kolej Canselor a.k.a KC.Rindu gilerr....huhuhu. Nape ek kita kena menjadi dewasa? Kan best kalau kita selama2nya menjadi student UPM.Masa kat UPM dulu,en paan la yang menjadi kawan baik,kawan gaduh,kawan suka,kawan duka aku.Ingat lagi masa aku sakit,kena masuk Hospital Putrajaya,ulang-alik dia datang jenguk aku.Kali kedua,masa aku dan Liza accident kat Seri Kembangan on da way balik UPM dari KL,dia jugak yang bersusah payah belikan makanan,ubat untuk aku.tak terbalas jasa dia pada aku. En. Paan,thanks untuk semua tu.....

Dulu masa kat KC,selalu gi camping.Ngan budak2 Reccan's.Huhuhu...rindu siot.Aku dan en. paan tak pernah miss aktiviti2 camtu.Nikmatnya tidur dalam hammock,kena gigit nyamuk,sembang sampai pagi,pokdeng (hehehe...entertainment masa camping).Rindu Ulu Yam,Sungai Congkak,flying fox,abseiling,owling,night walk,Huhuhu...rindu semuanya.Kerana aktiviti rekreasi aku dan en paan belajar mengenali antara satu sama lain.Detik itu takkan kembali,hanya boleh dikenang dalam hati.

Semuanya tinggal kenangan yang hanya mampu aku sematkan dalam hati....
28 Mei 2010,akhirnya setelah 6 tahun menyulam kasih, aku dan en paan selamat diijabkabulkan tepat jam 6.05 petang. Bermulalah episod baru dalam diari hidup kami berdua....Semoga ALLAH memberi kami berdua ruang dan peluang menjalani hidup bahagia sehingga ke akhir hayat kami...AMIN
 

1 comment:

  1. KC @ kuliah Cinta..seronokkan jd students... anyway selamat menjalani dunia baru...:)

    ReplyDelete