Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

16 Mei 2011
Hari ini hari istimewa buat smua insan yang bergelar guru termasuk aku.Tahun ini merupakan tahun ke-3 aku bergelar pendidik.Bezanya tahun ni aku sambut hari guru di rumah bersama2 dengan si kecilku dan masih lagi dalam mood berpantang.

Menjadi seorang guru bukan cita2 ku sebenarnya.Tapi entah lah,semuanya kebetulan dan rasanya berkat doa mak aku.Yup,doa mak aku.Mak yang nak sangat aku menjadi cikgu.Kata mak,orang perempuan elok la jadi cikgu.Mak aku yang bercita2 nak jadi cikgu tapi impiannya tak kesampaian.Bukan sebab mak aku tak pandai tapi mak aku terpaksa mengorbankan cita2nya demi 7 orang lagi adik2nya.Dan kini,aku bersyukur kerana aku berjaya menyempurnakan impian mak aku....

Benarlah kata orang,tak kenal maka tak cinta.Pertama kali aku menjejakkan kaki ke UPM lebih kurang 7 tahun yang lalu,tiada langsung perasaan nak jadi cikgu.Rasa nak tukar course ada la.Semuanya sebab aku tak sanggup atau lebih tepat lagi aku takut.Yup,takut nak bercakap di depan orang ramai.Kalau jadi cikgu,confirm2 la kena cakap kat depan student.Aku lebih rela lagi buat solo camp daripada kena public speaking.Tu la benda yang paling aku fobia nak buat.Tapi 4 tahun di UPM,perlahan2 perasaan tu hilang.Banyak yang aku belajar di sana.Belajar menjadi seorang guru.Hasilnya,hari ini aku mampu bercakap tanpa ada lagi perasaan gugup dan takut di depan anak2 didikku sampaikan ada anak2 murid aku cakap,

Si A :Cikgu,cikgu tak penat ka dari tadi pot pet pot pet?
Aku : Tak penat pun...

Pernah juga aku minta anak2 murid ku buat pembentangan kumpulan bagi topik2 tertentu.Kadang2 rasa macam tengok diri sendiri bila ada anak2 murid aku yang malu2 dan gugup bila kena cakap kat depan.Terkenang zaman sekolah dulu.Macam tu la aku bila dipanggil cikgu bercakap di depan.Sebolehnya aku akan mengelak.Lucu bila ingat balik.Dan sekarang,aku pulak yang menjadi cikgu.

Indahnya menjadi cikgu....
SELAMAT HARI GURU...
buat semua warga pendidik di Malaysia
DAN istimewa buat suami yang tersayang,En. Paan...semoga menjadi guru yang terbaik...

Thursday, May 5, 2011

CINTA HATI KU...

Buah hati ku & En Paan....
Muhammad Umar Faris Bin Muhammad Farhan
20 April 2011 @ 5.57 am (2.95 kg)

Semoga anak mama membesar menjadi anak yang soleh...AMIN

Wednesday, May 4, 2011

Akhirnya...

Aku buka balik blog aku yang dah lama aku tinggalkan.Berbulan rasanya.Penangan mengandung.Sepanjang aku pregnant,aku jadi malas nak ber'internet'.Malas nak update FB lagi2 blog ni.En Paan je yang selalu update FB aku.Macam2 berita kengkawan yang aku terlepas.Mujur ada En Paan yang jadi peng'update' aku.Terima kasih sayang....

Hari ni aku terasa nak buka blog aku memandangkan akupun taktau nak buat apa.Banyak masa terluang.Best jugak berpantang ni.Berehat je.Hehehe...dah la 3 bulan aku bercuti.(Rasa tenang tanpa bebanan keja).Setiap hari menghabiskan masa melihat anak aku membesar....

20 April 2011...
Tepat jam 5.57 pagi aku selamat melahirkan Muhammad Umar Faris Bin Muhammad Farhan di Hospital Yan,Kedah.Due aku sepatutnya 5 Mei 2011,tapi alhamdulillah,baby keluar awal.Ramai kawan2 tanya aku,serik tak bersalin?Susah nak jawab soalan tu sebab aku rasa ok je dan rasa sakit tu hilang bila aku nampak muka dia dan rasa serik tu tak sempat nak berkampung dalam hati aku.Gembira tu mengatasi segala2nya.Mungkin sebab masa deliver tu,En Paan ada disisi aku.Rasa takut tu dah aku salurkan pada dia.Dia lebih takut dari aku rasanya.Tapi aku bersyukur pada ALLAH SWT kerana memberikan aku kekuatan dan ketabahan melahirkan zuriat yang kami berdua tunggu2.

Hari ni genap umur baby ku 15 hari.Yang merisaukan aku demam kuning baby ku yang turun naik.Dah 2 kali aku berkampung di hospital.10 Mei ni baby aku kena jumpa pakar.Kata nurse,kena check takut2 ada masalah lain.Aku berdoa pada ALLAH SWT,jauhkan anakku dari segala kesulitan..AMIN.

Benar kata orang,melihat anak di depan mata,mampu membuatkan kita bahagia.Aku cukup bahagia sekarang.Kebahagiaan yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.Kebahagiaan yang aku tak dapat nak kongsikan dengan orang lain.Hanya aku saja yang mengerti.Menjadi ibu adalah detik2 paling bermakna bagi setiap wanita.

Buat En Paan,terima kasih atas segala2nya......Semoga kita dapat menjadi ibubapa yang terbaik buat Muhammad Umar Faris..

Monday, November 29, 2010

4 bulan berlalu...

Agak lama aku tidak menulis.Kali terakhir aku menulis,ramadhan yang lalu.Banyak benda yang berlaku beberapa bulan ni.


1st....
Aku disahkan mengandung 2 bulan yang lalu dan sekarang dah masuk 4 bulan pun.

2nd....
Aku mengalami alahan yang teruk sepanjang 2 bulan yang lepas dan hampir kehilangan our baby,tapi alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat sekarang.

3rd....
Kereta En Paan yang kami tunggu2 akhirnya keluar jugak 2 hari sebelum aidilfitri.Kiranya raya aritu,berkereta baru la kitorang.

Last sekali....
Permohonan pertukaran En Paan ke Kedah telah diluluskan 15 November yang lalu dan aku adalah orang yang paling bahagia,terima kasih Tuhan kerana memakbulkan doaku.....

So,semua benda2 yang aku dan En Paan harapkan selama ini telah tercapai.Tapi masih panjang lagi perjalanan hidup kami.Ini cuma permulaan hidup kami sebagai suami isteri.Banyak lagi ranjau,onak dan duri yang perlu kami tempuh.Aisehhh....tiba2 plak buat karangan aku ni.Hopefully,lepas ni aku banyak kesempatan la untuk meng'update' blog aku ni.

Friday, August 20, 2010

Ramadhan...

Dah 10 hari kita berpuasa.Dah 10 hari jugak umat islam berada dalam bulan yang penuh keberkatan ini.Teringat peristiwa minggu lepas.Sehari sebelum ramadhan...

Pagi selasa,sehari sebelum 1 Ramadhan,aku ke sekolah seperti biasa.Sampai je di sekolah,semua kengkawan sibuk bergosip (maklumlah bila dah masuk bulan ramadhan,dah tak boleh nak bergosip).Bergosip tentang cuti.Kebetulan 1 Ramadhan jatuh pada hari rabu,jadi semua berharap hari khamis tu cuti.Semua sibuk merancang nak balik kampung.Dan aku seperti biasa,tidak merancang apa2.Walaupun hati mendesak ingin menyambut 1 Ramadhan bersama suami tersayang. Tepat jam 12 tengahari,semua warga SMK Sik tersenyum penuh makna apabila PK 1 mengumumkan berita yang sangat penting.Yahoooo....khamis cuti.

Dan aku tiba2 terus membuat keputusan drastik,nak ke KL petang tu jugak.Lepas balik sekolah,terus aku memecut balik ke rumah dan kemas barang.Selesai saja mengemas,terus aku memecut si putih aku balik ke rumah mak di Alor Setar.Niat hati aku nak buat kejutan pada en. paan tentang kedatangan aku ke KL.Sampai je di Shahab Perdana (stesen bas ekspress di Alor Setar),aku kecewa,huhuhu.....sebab semua tiket ke KL telah habis dijual.Sedih sangat2.Tak dapat la nak bersahur ngan en. paan.Tiket yang ada pun kul 9 pagi 1 Ramadhan.Nak tak nak,terpaksa la jugak aku bagitau en. paan tentang kedatangan aku ke KL.Sebabnya aku akan sampai ke KL lebih kurang jam 3 petang dan en. paan masih lagi kat sekolah time tu.Sapa nak ambik aku nanti kat Bukit Jalil.Kata en. paan,tu lah padahnya bila nak surprise kan orang.Kan tak dapat.Akhirnya aku selamat juga sampai ke KL.Walaupun aku tak dapat bersahur bersama,tapi aku bersyukur kerana berpeluang berbuka puasa bersama suami tersayang pada 1 Ramadhan....Alhamdulillah.....

Dan hari ni dah genap 10 Ramdhan.Dah 1/3 Ramadhan kita tinggalkan.Semoga kita semua masih berpeluang berjumpa Ramdhan tahun depan.....



Thursday, July 22, 2010

Tersilap Memohon

Kita makhluk yang lemah.Makhluk yang sering alpa dan khilaf.Khilaf melakukan sesuatu dan khilaf menilai sesuatu.Dan apabila kita sedar akan kesilapan kita,kita akan menepuk dahi,menuding jari pada orang lain.Acapkali kita lupa,lupa untuk menilai diri sendiri.Itulah manusia,manusia yang diciptakan Tuhan untuk menjadi khalifah di muka bumi.

Dan Yang Maha Esa tidak pernah mengabaikan hamba yang mengingati-NYA.Hamba yang sentiasa menadah tangan memohon rahmat-NYA.Dan acapkali itu juga,Tuhan pasti memakbulkan permintaan hamba-NYA samada cepat atau lambat.

Tapi kadang2 dalam kita tak sedar,doa yang kita pohon bukanlah yang terbaik untuk kita.Sedangkan kita setiap hari tidak putus2 memohon dan doa kita dimakbulkan untuk menguji kesabaran kita.

Tapi kita kena yakin,ALLAH telah merancang perjalanan hidup kita....

Saturday, July 10, 2010

Cintaku tertinggal di Kuala Lumpur

Alhamdulillah,akhirnya aku selamat sampai ke Alor Setar setelah melalui perjalanan yang panjang membawa hati yang penuh kedukaan meninggalkan en paan di Kuala Lumpur.Cintaku tertinggal di Kuala Lumpur,meminjam lagu "Cintaku Tertinggal di Malaysia" nyanyian Dewa 19.Bait2 liriknya aku tukar sesuka hati. Dua hari aku di Kuala Lumpur,menjadi peneman setia en paan kemana saja dia pergi.Indahnya dunia....tapi hari ini aku terpaksa pulang memenuhi tuntutan kerja.Huh...cepatnya masa berlalu.Berlalu meninggalkan aku dan en paan.......


Tapi bila aku fikirkan kembali,dugaan Tuhan takkan berhenti dan aku seharusnya tabah menghadapi semuanya.Ada yang lebih berat dugaannya berbanding aku.Dugaan ini terlalu kecil untuk aku dan en paan.Satu hari nanti,aku atau en paan akan ke'sana' juga dan bila saat itu tiba,itulah dugaan yang terbesar dalam hidup kami.Memikirkan semua itu menjadikan aku makin menghargai setiap saat yang berlalu.


Ya Allah,terima kasih kerana beri kami peluang berjauhan begini,dugaan-Mu ini mengajar aku lebih menghargai masa yang Kau beri.......................